Studio Trip ke Jogjakarta, Indonesia : Day 1 & 2

Wednesday, September 07, 2016



Assalamualaikum semua.

Hmm. Hari ketiga semester yang baru, hujan lagi.

Untuk trip ke Jogja, ataupun lebih dikenali sebagai Yogyakarta, aku pergi under studio trip. Disebabkan final studio, Prof Malek yang pilih destinasi ni err. Kami pergi bulan Febuari lepas. Jangan kau tanya apa yang aku buat lepas balik dari Jogja. Lepas habis je semester lepas, mereput lah aku kat rumah. Bila kat rumah pandang ceiling aku teringat yang aku tak update lagi entri ke Jogja. Mereput mengenangkan apa yang aku buat sepanjang trip. Tiba-tiba aku teringat pula trip aku Singapore baru-baru ni. AHAHA. Ok itu pun pending. Nanti aku update ye. Maksud nanti itu mungkin beberapa hari ataupun minggu ataupun berbulan. Hihi.


Jogja, Feb 25 , 2016

Yog ke Yogya? Ke Jogja. Ahaha

Prof Malek belanja kita orang breakfast sebelum depart. Dia kata, janganlah ambil gambar nanti yang lain datang nak minta belanja kang..

Bila tiba waktunya, maka terbanglah aku ke Jogja bersama rakan-rakan yang lain. Kita orang gerak dari USM pukul 11pm. Then sampai KLIA2 dalam pukul 3am. Gila driver bas bawak macam kena rasuk. Flight depart pukul 9am dan dijangka sampai dalam 11am macam tu. Hampir separuh flight dipenuhi budak studio 300 architecture. Dah macam rombongan cerita dari Kokdiang ke Kolumpoq aku tengok. Sekejap je potpet potpet lepastu semua terbongkang macam dekat katil rumah sendiri.



Tadaa. Dah sampai ke Adisujipto International Airport. Gila kau dia punya landing lagi sikit nak hempap atas rumah orang. Lokasi airport yang berdekatan dengan penempatan awam menjadikan airport itu nampak kecil. Sampai seperti pada waktu yang dijanjikan. Datanglah pak.. err siapa ntah nama pak yang arrangekan semua benda. Naik bas persiaran dan terus pergi makan. Masa tengah makan, ada dua orang macam tahu yang kita orang ni pelancong terus jual simkad yang ada internet. Maka berkerumun lah masing-masing nak update kat swarmmpp. Nak jadi orang first yang check in la tu. Tapi aku releks dulu. Nak pergi beli kat Malioboro.

Kalau nak tahu masa kat Moliboro semua macam separate kejap gila hilang dan end up aku tak ambil gambar langsung. Lepas balik dari Malioboro borong selipar, ahaha kita orang pun check in lah ke hotelnya. Hotelnya hmm.. malas nak complaint sebab aku follow aje. Ni nak bagitahu, hotel dekat beberapa kangkang kera je nak ke starbucks dan wayang. Balik balik je dari dinner, semua pakat-pakat lepak kat Starbuck macam orang kaya dan update gambar kat Instagram. Aku? Pukul 8 ja dalam kepala dah terbayang katil. Sebabnya aku dah lah tak tidur sejak dari sampai ke KLIA pukul 3.30 pagi tu then sampai Jogja terkinja-kinja berjalan. Ahaha. Nak sangat berjalan.. hah hambek. Day 1 pun berakhir dengan kepenatan dan kelesuan.


Jogja, Feb 26 , 2016

Bangun pagi hari ni macam terkejut nyawa sikit mana tak nya buka langsir dah terang benderang dekat luar. Ingatkan dah dekat tengah hari. Tengok jam baru pukul 6 pagi. Terlupa pula, 6 pagi sini kau dah boleh jogging kat tepi jalan sebab terang dia macam terang pukul 7 dekat Malaysia. Er aku cakap jogging kan tadi?? Ahaha

Kuskus di Jogja.
Madey (pakai topi) dan pidot.

Dah macam gambar apa aku tengok. Bergambar di entrance hotel. Padahal semua dah naik bas dah. Driver bas mungkin dah bengang. Kapan anak-anak ini mau berangkat sih. Hah gitu. Tentatif hari ni adalah untuk beramah mesra dengan student architecture dari Universitas Gadja Mada. Lokasi di sekitar Kota Gede. Prof Malek memang tak akan kasi trip ni sebagai holiday. Ni lawatan sambil belajar ye anak anak maka haruslah ada assignment. Semua pakat-pakat excited sebab nak mengorat student dari tanah seberang yelah mana tau ada yang kenan (orang lain bukan aku).

 Tidak sangka studiomate amat beretika berjalan dalam keadaan beratur.

Kalau nak tahu jalan amat sempit dan memang kena ada dua hala. Sama ada kau percaya ataupun tidak ya. Penjalan kaki dua hala. Sebab banyak gila lalu lalang dang kalau kau tengah, confirm confirm kau kena hon. Ni adalah kawasan KOTA GEDE kalau korang nak tahu. Kota Gede ni macam kota yang dibuka oleh sultan dan dia dijadikan macam capital yang pertama bagi kerajaan zaman Mataram dan sekarang tinggal bangunan yang bersejarah macam masjid, gerbang dan sebagainya. Kan dah belajar sejarah sikit. Boleh tambah pengetahuan sikit bila baca blog aku ni. Kita orang sampai je satu rumah yang dijaga oleh pihak universiti, iaitu Omah UGM dan terus divide group. Maka terjadila group KRU yang baru..

EIGHTEEN. * junior forteen
 Yang merah ni trainee. #eh

Yang pakai baju merah tu student UGM sebenarnya. Kalau kau perasan lah kan spot yang kita orang tangkap gambar ni, memang favourite spot untuk OOTD kat Instagram and even yay my favourite so-hot-and-cute-coz-of-the-dimple Afgan pun pernah update masa tengah photoshoot video kunci hati. Aku rasa macam hish sepatutnya aku pergi lambat sikit boleh masuk jadi extra dalam video clip dia. Kalau korang nak tahu hari tu, malam nanti ada Afgan buat show kat satu shopping complex dan aku rasa down gila sebab masa tu hujan dan tak ada siapa nak teman aku tengok Afgan secara percuma. Jumpa Afgan di Jogja kot. Maaflah. Aku cam terover excited sebab sepatutnya aku cerita cam lambat lambat sikit. Sebab malam malam nanti sikit.

Kiwang nak OOTD kat IG. Tak pe biarkanlah dia buat pose macam mana pun.

Gate pemisah antara masjid dan kubur. 

Untuk group ni, kita orang kena observed pasal satu kampung ni nama dia Alun - Alun. Hmm. Ada ombak ke kampungnya? Tak lah. Ada sejarah sebenarnya. Esok pagi kena bentang kat universiti dia orang depan Prof Malek dan lecturer UGM. Seronok berlari lari terkinja kinja ambil gambar tapi tiba tiba terkinjaan itu terbantut bila mengingatkan assignment yang harus dibentangkan pagi esok.

Uish. Aku keliru sama ada aku di Jogja atau masih lagi di Penang. Mana taknya dinding ni sama macam kat Street Art area ais kepal tu hah.

Agak agaknya nampak tak kalau nak baca pasal sejarah kampung ni? Tak pe aku tahu kau malas sebab tu aku tangkap dari tepi. Buat cukup syarat. Ahaha

Muka gembira sebab kawan baru belanja bakso dan cendol.

Hari ni hari Jumaat tau. Kepada lelaki dia orang kena lah pergi solat Jumaat. Perempuan dan non-muslim yang lain boleh balik ke UGM untuk buat discussion. Kita orang? Pergi merewang ke pasar konon-konon fefeling shooting makan makanan street food. Yes. Student UGM belanja dan hati gembira sebab dapat makanan free. Tengok si Jet. Hish. Happy nau.


Kalau dah ada hubungan kerjasama haruslah pakai banner. Masing-masing tak nak bawak banner. Hasilnya ketua juga yang bawak. Bila tangkap gambar Mirul start buat gaya Raver. *masa ni tengah viral raver dengan hipster* . Yang kelakarnya semua budak UGM dengan hati gembira pakat pakat ikut. AHAHA. Dia orang kena game.

Depan rumah UGM. Bila sorang start keluar monopod semua akan pastikan dia muka interframe dalam gambar tersebut. Itu adalah lumrah zaman masa kini.

Lepas tangkap gambar, masing-masing berterabur balik ke bas. Ingat kan balik hotel tapi pak supir bawa ke kedai buat silver. Kota Gede ni femes dengan silver. Memang aceritanya lecturer je lah pergi beli. Mahal gila sebab handmade kan. Kalau bawak laki boleh lah paw cincin silver ke rantai ke tak  pun gelang kaki. Ini boyfriend pun tak ada takkan nak paw pak supir pulak kan. Tak kena langsung. Hish.

Malam tu hujan lebat gila dan malam tu aku pening sebab kena hujan. Tapi gigih juga keluar makan dengan budak-budak ni. Yang paling aku sedih malam tu ada Afgan kat satu mall. Disebabkan aku pening dan tak ada siapa nak teman aku, aku anggap aku dengan afgan ni tidak berjodoh. Yang paling sakit bila satu bas asyik menganjing aku. Menyanyi lagu Afgan sepanjang nak balik hotel. Aku pun apa lagi berangin lah satu badan. Mungkin tu yang angin naik kepala terus pening. Ahaha. Last last Afgan tak dapat sakit yang dapat. Apakah malang beno kau Syaf.

Sama ada kau tahu tak makan kat sini boleh dapat moto woo. Daripada aku nak fikir macam mana nak bawak balik better kau makan je makanan kau tu Syaf.

Lepas dah bantai makan, (serious kepala aku dah cramp sebab entri panjang sangat ) so kita orang pun balik sambung buat slide nak present esok. Well yang mana group bajet tu pi lah buat assignmnet dekat Starbuck. Aku? Depan foyer tu hah. Mereput lah lapan orang sampai pagi buat slide presentation.


Maka berakhirlah Day 1 dan 2. *akhirnya
Kalau ada benda nak tanya boleh lah tanya dekat komen. Kalau tak ada apa lagi pergilah dinner, dah pukul berapa ni. See you in Studio Trip ke Jogjakarta, Indonesia : Day 3 & 4!

p/s : Kalau korang nak tahu kat area sini lah Milli dengan Karmen jumpa Rangga masa wisata di Jogja. *ada apa dengan cinta*
Wisata itu holiday LOL.


You Might Also Like

3 comments

  1. tak sangka UGM ada architecture.. wahhh

    ReplyDelete
  2. takat gambar aku sekeping ja.. ckp mcm bnyk. btw, nice entry.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak lawat ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    - Kos kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak.
    - Trip kami sesuaikan keinginan Tuan / Puan / Abang /Akak.
    - Hotel bole tempeh sendiri
    - Bole ambik pakej exclude melas

    Sample pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

    Day 1
    Kami ambik Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel untuk check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

    Day 2
    Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

    Day 3
    Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik2 raja, bilamana sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu susur sungai bawah goa guna tube. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati indahnya kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
    Day 4
    Drop airport

    Harga bermula dari:
    RM 579 (ALL IN + *2 hotel)*
    RM 421 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota All new Avanza / Xenia for 2-5 pax, isuzu elf 11 seats for 6-10 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-15 pax, medium bus 31-33 seats for 16-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • All entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Flight Ticket
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya atau
    whatsapp +628985101301 (FREE).
    Email: ganeshabantul@yahoo.com
    FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

komen je. Tak kena bayar pun. OHOHO